Lazada jual lebih 10,000 barang keperluan sepanjang PKP

Infografik kempen Lazada
Infografik kempen Lazada
A
A
A

LEBIH 10,000 barangan keperluan harian boleh didapati secara mudah menerusi laman khusus 'Keep Calm and Shop from Home' di Lazada sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Pegawai Perniagaan Lazada Malaysia, Sherry Tan berkata, ia hasil penglibatan ribuan peniaga runcit yang menyertai jualan di laman web itu tahun lalu sekali gus mendorong pihaknya meluaskan rangkaian jualan barangan keperluan.

"Antara barang keperluan yang boleh didapati seperti sayur-sayuran, buah-buahan, daging dan makanan laut yang segar," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Tambah beliau, purata jualan harian kategori barangan runcit mencatat peningkatan lebih 170 peratus sepanjang tahun 2020.

Kata Sherry, mereka turut menyediakan baucar penghantaran percuma harian dan potongan harga sehingga 50 peratus selain menyediakan khidmat penghantaran 24 dan 48 jam sepanjang PKP.

Kebun Sayur petani di Cameron Highlands
Kebun Sayur petani di Cameron Highlands

Sementara itu, Pengurus Pemasaran Cameron Farmers, Shwe Ying berkata, sebagai peniaga pilihan masyarakat tempatan, kami bertanggungjawab memastikan barangan kami dapat diakses oleh semua rakyat sepanjang PKP 2.0.

"Sejak menyertai Lazada Malaysia Malaysia, mereka berjaya menjual lebih 10,000 kilogram (kg) barangan segar setiap bulan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Selain itu, pemilik perniagaan Fully Fishery berkata, mereka mula berniaga di Lazada kerana permintaan barangan runcit di platform itu semakin meningkat.

"Kami dapat memanfaatkan promosi secara langsung di LazLive sambil menawarkan penghantaran dalam tempoh 24 jam dan 48 jam ke seluruh isi rumah.

“Pihaknya turut menawarkan pelbagai pilihan makanan laut segar di Lazada dan berjaya menjual sehingga 3,000kg setiap bulan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Pengasas D Mart, Dylan Lee berkata, pihaknya berjaya menukarkan cara perniagaan dan mula menjual barangan segar dalam talian.

“D Mart telah mencatat jualan lebih 8,000kg sayur-sayuran dalam tempoh sebulan dengan hampir 100 peratus penilaian positif dari pelanggan,” katanya menerusi satu kenyataan.

Sehubungan itu, Lazada kini menjadi peneraju platform eDagang di Asia Tenggara dan menjadi sebahagian dari keperluan seharian rakyat.

Tahun lalu, petani di Cameron Highlands terpaksa membuang bertan-tan sayur-sayuran akibat gangguan rantaian makanan selepas negara melaksanakan PKP pada bulan Mac.