Maut jatuh bangunan: HRPB beri kerjasama pada polis

Keratan sinar harian
Keratan sinar harian
A
A
A

IPOH - Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) sedia memberi kerjasama kepada polis bagi menjalankan siasatan lanjut berhubung insiden kakitangannya yang maut terjatuh bangunan pada Rabu.

Pengarahnya, Dr Abdul Malek Osman berkata, lelaki berusia 39 tahun itu merupakan pembantu perawatan kesihatan yang bertugas mengikut waktu bekerja pejabat iaitu jam 8 pagi sehingga jam 5 petang.

“Pihak hospital berdukacita dan ingin mengucapkan takziah kepada ahli keluarga dan kenalan rapat mendiang.

“Mendiang merupakan seorang kakitangan yang amat disenangi oleh semua rakan sekerja serta tidak menunjukkan sebarang masalah sepanjang menjalankan tugas,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.

Menurutnya, pihaknya menggalakkan petugas hospital untuk mendapat sokongan emosi jika perlu.

“Mereka boleh berhubung dengan pasukan kesihatan mental dan sokongan psikososial (MHPSS) yang bertugas dalam talian untuk mendapatkan bantuan,” katanya.

Pada masa sama, Dr Abdul Malek berharap semua pihak dapat menghormati privasi ahli keluarga dengan mengelak daripada membuat sebarang spekulasi atau tidak menyebarkan maklumat tidak tepat.

Sinar Harian melaporkan seorang pembantu perubatan di HRPB di sini meninggal dunia selepas terjatuh dari tingkat 3 bangunan itu.

Artikel Berkaitan:

Mangsa ditemukan dalam keadaan terbaring dengan kecederaan parah di kepala dan muka di tempat parkir motosikal oleh pengawal keselamatan sekitar jam 6.30 petang.

ARTIKEL BERKAITAN: Pembantu perubatan maut jatuh tingkat 3 bangunan hospital