X

Kindly register in order to view this article
!

Ibu bapa serbu pusat gajet

Plaza Low Yat menjadi tumpuan orang ramai untuk mendapat gajet bagi menghadapi PdPR.
A
A

KUALA LUMPUR - Pusat jualan gajet terkemuka di ibu kota, Plaza Low Yat menjadi tumpuan ibu bapa untuk mendapatkan barang keperluan bagi membolehkan anak-anak mereka mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Tinjauan Sinar Harian mendapati, pusat beli-belah itu mula dipenuhi orang ramai sejak beberapa hari lalu.

Antara barangan yang mendapat sambutan tinggi ialah tablet, komputer riba dan telefon bimbit.

Seorang pekerja di sebuah kedai telekomunikasi yang mahu dikenali sebagai Apy berkata, peningkatan pengunjung di plaza tersebut mula ketara sejak Isnin hingga mereka tidak menang tangan untuk menguruskan pelanggan.

Menurutnya, majoriti pelanggan datang untuk meninjau atau membeli tablet di kedainya untuk anak-anak mereka.

"Ramai pelanggan membeli tablet keran lebih mudah untuk anak-anak mereka belajar, membuat tugasan dan dapat melihat dokumen dengan lebih jelas," katanya.

Orang ramai terutama ibu bapa mencari barang keperluan untuk anak mereka menghadapi PdPR di Plaza Low Yat.
Orang ramai terutama ibu bapa mencari barang keperluan untuk anak mereka menghadapi PdPR di Plaza Low Yat.

Sementara itu, seorang pekerja di kedai yang berlainan hanya ingin dikenali sebagai Siti berkata, pemilihan tablet sebagai gajet ideal untuk pembelajaran dalam talian kerana harganya lebih murah berbanding komputer riba.

"Harga tablet yang kami jual antara RM200 hingga RM500, jadi ia memang mampu dimiliki oleh pelanggan kami.

"Saiznya yang lebih kecil dan mudah dibawa, menjadikan ia lebih praktikal untuk pembelajaran dalam talian dibuat di mana-mana sahaja," katanya.

Bagaimanapun, seorang lagi penjual yang dikenali sebagai Faizal berkata, pembelian komputer riba turut mendapat permintaan tinggi.

"Walaupun ramai antara mereka yang membeli komputer riba pada harga yang rendah, jadi saya sentiasa menasihatkan mereka untuk membeli gajet ini mengikut spesifikasi yang sesuai.

"Pada saya, komputer riba tersebut perlulah beroperasi dengan baik, tahan lama dan mampu menjalankan perisian dengan sempurna di samping harga yang berpatutan," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!