Pusat Penilaian Covid-19 dijangka beroperasi minggu depan

KKM sedang meningkatkan kapasiti makmal kepada 100,000 ujian RT-PCR setiap hari.
KKM sedang meningkatkan kapasiti makmal kepada 100,000 ujian RT-PCR setiap hari.
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) yang merupakan koordinasi antara Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan sektor swasta dijangka beroperasi minggu hadapan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, beberapa aspek membabitkan sumber manusia, integrasi kemudahan dan kepakaran perlu diteliti bagi mencapai kata sepakat.

"Kita akan mengadakan mesyuarat kali ketiga bersama pihak terbabit pada Sabtu ini," katanya pada sidang media perkembangan terkini Covid-19 di kementeriannya pada Khamis.

Menurutnya, beberapa hospital swasta telah memberi rawatan terhadap pesakit Covid-19 di unit rawatan rapi (ICU) dan wad.

"Jadi kita berharap minggu hadapan CAC boleh dilaksanakan," katanya.

Beliau berkata, pesakit dimasukkan ke hospital swasta yang pada awalnya didiagnos sebagai jangkitan pernafasan akut teruk (SARI) dan pneumonia sebelum disahkan positif Covid-19 boleh meneruskan rawatan di situ.

"Mereka (sektor swasta) boleh meneruskan rawatan, jadi dengan cara ini saya fikir kita boleh integrasi kemudahan antara kedua-dua sektor," katanya.

Mengulas mengenai sumber manusia, Dr Noor Hisham berkata, CAC dijangka dapat membantu KKM memaksimumkannya.

Artikel Berkaitan:

"Kita boleh menggabungkan sektor awam dan swasta untuk bekerjasama kerana mempunyai musuh yang sama iaitu Covid-19," katanya.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, KKM sedang meningkatkan kapasiti makmal kepada 100,000 ujian RT-PCR setiap hari.

"Ketika ini kita mempunyai 68 makmal di dan enam di Sabah yang memproses 70,000 sampel setiap hari," katanya.

Tambahnya, keupayaan itu boleh dipertimbangkan menerusi kerjasama swasta dan awam.

"KKM juga mempertimbangkan untuk penggunaan makmal di universiti dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)," katanya.

[LIVE] Sidang media harian Ketua Pengarah Kesihatan

[LIVE] Sidang media harian Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berhubung perkembangan terkini Covid-19 di Malaysia

Posted by Sinar Harian on Thursday, January 21, 2021