PKP: Kedah tangguh urusan akad nikah

Mohd Yusri Md Daud
Mohd Yusri Md Daud
A
A
A

ALOR SETAR - Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) menangguhkan semua urusan akad nikah susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negeri ini bermula Jumaat sehingga 4 Februari depan.

Pengarahnya, Mohd Yusri Md Daud berkata, penangguhan itu termasuk urusan perkhidmatan nikah, cerai dan rujuk di semua Pejabat Agama Islam Daerah.

Menurutnya, keputusan dibuat bagi memastikan rakyat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) selain menjaga kemaslahatan semua pihak yang terbabit dalam urusan pernikahan.

“Sehubungan itu, majlis akad nikah tidak dibenarkan dalam tempoh berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Mohd Yusri berkata, pelaksanaan Kursus Pra-perkahwinan Islam (MBKPI) seluruh negeri juga ditangguhkan sepanjang tempoh PKP ini.

“Semua perkhidmatan rundingcara şecara bersemuka di Pejabat Agama Islam Daerah di seluruh negerİ turut ditangguhkan. Bagaimanapun, sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkaitan urusan rundingcara, boleh menghantar melalui emel untuk tindakan lanjut,” katanya.

Menurutnya, penguatkuasaan itu akan terpakai sehingga tempoh PKP berakhir dan sebarang perubahan atau pindaan berkaitan arahan ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Artikel Berkaitan: