X

Kindly register in order to view this article
!

Polis berkas enam lelaki bergaduh di stesen minyak

Rakaman CCTV memaparkan pergaduhan beberapa lelaki di hadapan stesen minyak Batu 9 Cheras, Kajang pada Rabu.
A
A

KAJANG - Polis memberkas enam lelaki yang disyaki terlibat dalam pergaduhan di hadapan stesen minyak Batu 9 Cheras, di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima laporan daripada orang awam mengenai kejadian pergaduhan melibatkan sekumpulan lelaki itu pada jam 4.50 pagi.

Menurutnya, sepasukan anggota polis peronda kemudian digerakkan ke lokasi kejadian dan mendapati terdapat seorang lelaki yang mengalami kecederaan.

"Lelaki terbabit telah dikejarkan ke hospital dengan menaiki ambulan dan keadaannya dilaporkan stabil.

"Semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang diperoleh dari lokasi kejadian menunjukkan mangsa telah dicederakan oleh beberapa orang lelaki," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, siasatan masih dijalankan untuk mengenal pasti punca kejadian.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian ini, boleh menyalurkannya di balai berdekatan atau berhubung terus dengan pegawai penyiasat kes iaitu Inspektor Muhammad Azrul Nizam Zainal Abidin di talian 016-9985730," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!