Dugaan bertimpa empat beradik

Novi Margareta (dua dari kanan) bersama tiga adiknya melihat gambar ibu bapa mereka ketika menerima kehadiran Pegawai Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Mohd Yusof Abu Hassan di rumah sewa mereka Kampung Pulau Gadong pada Khamis.
Novi Margareta (dua dari kanan) bersama tiga adiknya melihat gambar ibu bapa mereka ketika menerima kehadiran Pegawai Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Mohd Yusof Abu Hassan di rumah sewa mereka Kampung Pulau Gadong pada Khamis.
A
A
A

MELAKA - Tidak dapat digambarkan perasaan empat beradik apabila bukan sahaja tidak berpeluang menjaga ibu yang sakit akibat kanser payudara malah tidak dapat menatap jenazah ibunya itu kerana dikebumikan di Indonesia

Mereka yang tinggal di rumah sewa di Kampung Pulau Gadong di sini bergantung kepada kakak sulung, Novi Margareta Sutrisno, 30, selepas bapanya, Sutrisno Musa, 54, yang bekerja di kawasan pembinaan terkandas di kampungnya di Surabaya, Indonesia susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 selepas menemani ibu mereka mendapatkan rawatan di sana.

Novi Margareta Sutrisno, 30, berkata, dia yang mempunyai dua anak kecil sebelum ini menetap di Batang Berjuntai, Selangor, namun kini menggalas tanggungjawab sebagai ketua keluarga demi adik-adiknya Muhammad Zulfikar Daniel Sutrisno,17, Muhammad Zulhaikal Eltrimichal Sutrisno,16, dan Nurdiana Melisa Fitri,13, yang memerlukan perhatian serta kasih sayang.

Novi Margareta sedih mengenangkan nasib adik-adiknya lebih-lebih lagi tidak dapat menatap jenazah ibu mereka yang meninggal dunia akibat sakit kanser payudara tahap empat.
Novi Margareta sedih mengenangkan nasib adik-adiknya lebih-lebih lagi tidak dapat menatap jenazah ibu mereka yang meninggal dunia akibat sakit kanser payudara tahap empat.

Menurutnya, arwah ibu, Eli Kabar, 52, sering menitipkan pesan sering agar dia menjaga adik-adiknya sekiranya sesuatu berlaku.

"Dengan mengharapkan wang gaji yang diberikan suami memang tidak cukup, nasib baik ada jiran-jiran berdekatan yang prihatin dan menghulurkan bantuan.

"Sedih bila lihat adik-adik terpaksa melalui ujian ini, nak lagi mereka masih bersekolah dan ayah pula masih terkandas di Indonesia sehinggakan bayaran bulanan sewa rumah sebanyak RM200 tertunggak beberapa bulan," katanya.

Novi Margareta berkata demikian ketika menerima kunjungan Pegawai Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Mohd Yusof Abu Hassan di rumah sewa keluarganya di Kampung Pulau Gadong di sini pada Khamis.

Tambah Novi Margareta, dia yang masih bersedih atas pemergian ibunya bersyukur kerana masih ada insan yang prihatin atas nasib keluarga, ditambah pula adik-adiknya perlu mengikuti Pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) sudah pasti mereka sedikit terbeban.

Artikel Berkaitan:

"Kalau nak beli komputer riba memang saya tak berkemampuan dan saya baharu sahaja menjual motosikal untuk kami meneruskan kehidupan dan wang jual motor dapatlah menanggung perbelanjaan dan digunakan untuk persiapan persekolahan adik-adik selain membayar hutang," katanya.

Mohd Yusof menyerahkan komputer riba kepada Muhammad Zulfikar Daniel untuk kegunaan pembelajaraan dia dan adik-adiknya.
Mohd Yusof menyerahkan komputer riba kepada Muhammad Zulfikar Daniel untuk kegunaan pembelajaraan dia dan adik-adiknya.

Sementara itu, Mohd Yusof yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Klebang Besar berkata, pihaknya turun padang untuk menyelami permasalahan yang dihadapi keluarga ini lebih-lebih lagi dalam tempoh PKP2.0.

Menurutnya, difahamkan keluarga ini juga dalam proses untuk mendapat bantuan bulanan dari Majlis Agama Islam Melaka (MAIM).

Katanya, bagi memastikan ketiga-tiga beradik ini tidak keciciran dalam pembelajaran secara maya, pihaknya mengambil inisiatif untuk memberikan sebuah komputer riba bagi kegunaan dan kemudahan mereka.

"Barisan Nasional (BN) dan UMNO akan meneruskan kerja-kerja kebajikan dan mengenal pasti mereka yang perlu dibantu agar tidak ketinggalan dalam sesi pembelajaran norma baharu ini kerana dengan pendidikan yang dapat mengubah nasib keluarga mereka," katanya.