Saman Sarawak Report: Jangan terjebak perangkap musuh

Takiyuddin Hasan
Takiyuddin Hasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pas menghormati dan menyokong penuh langkah penyelesaian luar mahkamah yang diambil presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung saman terhadap editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown.

ARTIKEL BERKAITAN: Hadi, Sarawak Report selesai kes saman luar mahkamah

Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hasan berkata, beliau juga yakin tindakan yang diambil Ahli Parlimen Marang itu mengambil kira kepentingan parti dan ahli-ahli secara menyeluruh.

“Setelah mendapat penjelasan lanjut dan terperinci serta meneliti kronologi perjalanan kes ini, Pas menghormati dan menyambut baik serta menyokong penuh langkah penyelesaian di luar mahkamah yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak, iaitu Datuk Seri Abdul Hadi Awang, sebagai plaintif, dan Clare Rewcastle Brown, sebagai defendan

“Justeru itu, Pas menyeru kepada ahli-ahlinya supaya terus istiqamah dengan memberikan sepenuh wala’ dan ketaatan yang tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan serta sentiasa berfikir dan bertindak secara berhati-hati agar tidak terjebak ke dalam ‘perangkap musuh’ yang sentiasa menanti,”katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Menurut Takiyuddin lagi, persetujuan penyelesaian di luar mahkamah secara tidak meneruskan tindakan ini sedikit pun tidak tergolong kepada pengakuan (admission) terhadap isu dan perkara yang berbangkit dalam kes ini mahupun tohmahan-tohmahan (accusations)lain yang berkaitan yang dibangkitkan dari semasa ke semasa.

Sebelum ini Pas melalui presidennya, Abdul Hadi mengambil tindakan undang-undang terhadap editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown di London pada 21 Apr 2017.

Ia berkaitan laporan portal itu pada 6 Ogos 2016 yang mendakwa pemimpin Pas menerima dana RM90 juta sebagai usaha menarik sokongan parti itu menyokong BN dan Umno.

Artikel Berkaitan: