X

Kindly register in order to view this article
!

NUTP cadang murid hadir ke sekolah mengikut kumpulan

Gambar kecil: Aminuddin
A
A

SHAH ALAM - Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) mencadangkan kehadiran pelajar secara giliran ke sekolah mengikut kumpulan di dalam setiap kelas.

Presiden NUTP, Aminuddin Awang memberi contoh setiap kelas dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan mereka akan hadir ke secara bersemuka mengikut kumpulan berkenaan pada hari yang ditetapkan

Menurutnya, masa belajar secara bersemuka di sekolah juga sepatutnya tidak melebihi empat jam.

"Pembelajaran bersemuka di sekolah lebih memberikan impak positif kepada pelajar," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Beliau berkata, NUTP pernah membuat kajian secara komprehensif bertajuk 'Pedagogi Penjarakan Sosial' pada April tahun lalu dan dapatan kajian ialah 93 peratus guru memilih untuk mengajar secara bersemuka di sekolah berbanding kaedah pengajaran secara 'on line' dan 'off line'," katanya.

Bagaimanapun katanya, guru uga perlu melihat kepada aspek keselamatan dan kesihatan secara keseluruhan.

"Dengan bilangan positif Covid-19 sudah melebihi 4,000 orang sehari sekarang, apakah kita tidak mahu bersama-sama pihak 'frontliners' berusaha memutuskan rantaian Covid-19 dan kaedah paling berkesan ialah tidak membuka sesi persekolahan kepada pelajar selain calon peperiksaan awam.

Katanya, NUTP bersetuju supaya sekolah dibuka untuk pembelajaran secara bersemuka kepada pelajar jika keadaan dan status bilangan pesakit Covid- 19 menurun pada satu peringkat yang diakui selamat oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN)


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!