X

Kindly register in order to view this article
!

Tiga lelaki rogol gadis, ugut sebar video lucah ditahan

A
A

MAKASSAR - Tiga pemuda bertindak kejam merogol secara bergilir seorang gadis kurang upaya sebelum merakam video dan memeras ugut wang bernilai Rp 5 juta (RM1437) kepada ibu bapa mangsa akhirnya berjaya ditahan polis.

Ketiga-tiga suspek berusia antara 18 tahun hingga 23 tahun berjaya ditangkap jam 10 malam di sebuah kedai makan pada Selasa.

Menerusi laporan Detik News, Ketua Komisioner Polis Reskrim Makassar, Agus Khairul dalam satu kenyataan pada Khamis memberitahu, rakaman video berdurasi 12 minit 12 saat itu telah dihantar kepada keluarga mangsa dan meminta wang ugutan bernilai Rp 5 juta.

"Jika keluarga itu tidak menunaikan hajat mereka atau memberi wang itu, video itu akan disebarkan di laman sosial.

"Bimbang perkara itu berlaku, keluarga mangsa telah membuat laporan polis," katanya.

Menurutnya, sebelum kejadian, mangsa telah berkenalan dengan suspek di laman sosial dan mengajaknya keluar pada Selasa.

"Suspek dan mangsa sudah kenal antara satu sama lain. Suspek mengajak mangsa ke rumahnya dan melakukan perbuatan terkutuk itu.

"Mereka juga merakam lima video menggunakan telefon bimbit dengan durasi keseluruhan durasi 12 minit 21 saat," tambahnya.