Pelakon Aeril Zafrel, pengurus positif Covid-19
SHAH ALAM - Pelakondan usahawan, Aeril Zafrel disahkan positif Covid-19 setelah menerima ujian calitan pada Rabu.
Menerusi satu perkongsian entri di Instagram pada Khamis, dia menerima keputusan tersebut selepas menjalani ujian calitan di klinik swasta bersama pengurusnya yang dilaporkan tidak sihat sejak beberapa hari.
Sebelum itu, Aeril telah menziarah pengurusnya yang mengalami demam pada Isnin dan keesokan hari, mereka telah pergi ke klinik untuk melakukan ujian calitan yang akhirnya disahkan positif pada Rabu malam.
Bagaimanapun menurut kenyataan di Instagram, keluarga dan kakitangan disahkan negatif Covid-19 menerusi ujian RTK dan masih menunggu ujian PCR yang diharapkan keputusan itu juga negatif.
Katanya, dia kini sedang melakukan kuarantin kendiri secara berasingan di rumah dan mengharapkan doa daripada orang ramai agar dirinya cepat sembuh.
Kes Covid-19 di Pulau Pinang menurun
19 Januari 2024 01:14pmPerak rekod 1,089 kes Covid-19 dalam tempoh dua minggu
18 Januari 2024 12:17pmEmpat kes Covid-19 dikesan di PPS Johor
13 Januari 2024 06:24pmCovid-19: Pemakaian pelitup muka masih digalakkan di sekolah
01 Januari 2024 08:49amKedai serbaneka jual gula 10 sen diambil tindakan
28 Mac 2024 05:43pmLapan kenderaan terlibat kemalangan
28 Mac 2024 05:13pmRemaja yatim piatu terlantar sejak lapan bulan lalu
28 Mac 2024 02:06pmAhmad Zahid selar gelar kepimpinan UMNO sebagai ‘biawak hidup’
28 Mac 2024 08:52pm