X

Kindly register in order to view this article
!

Selepas Ahmad Zahid, Najib juga bebas Covid-19

Najib Tun Razak
A
A

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bebas daripada jangkitan Covid-19 berdasarkan keputusan pemeriksaan yang diterima pada Khamis.

Beliau disahkan bebas jangkitan wabak itu walaupun dilaporkan mengadakan pertemuan dengan Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang diuji positif Covid-19 pada Rabu.

“Negatif. Rasanya ini kali ke-15 saya membuat saringan Covid-19.

“Setiap kali hadir ke Dewan Rakyat, buat test. Rentas negeri, dicucuk hidung lagi. Ada kontak rapat yang disahkan positif Covid-19, test lagi.

“Alhamdulillah. Ujian terbaharu dibuat semalam (Rabu) juga negatif,” katanya di laman Facebooknya pada Khamis.

Pada Khamis juga, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid turut memaklumkan beliau disahkan negatif Covid-19 setelah menjalani ujian swab di Hospital Avisena, Shah Alam pada Rabu.

Najib dan Ahmad Zahid dilaporkan mengadakan pertemuan dengan beberapa pemimpin UMNO bahagian di pejabat presiden UMNO di Menara Dato Onn termasuk Tajuddin beberapa hari lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Kerisauan Presiden UMNO lenyap, sah negatif Covid-19 hari ini

Negatif. Rasanya ini kali ke-15 saya membuat saringan Covid. Setiap kali hadir ke Dewan Rakyat, buat test. Rentas...

Posted by Najib Razak on Wednesday, January 20, 2021


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!