Suami isteri warga emas maut kemalangan

Kereta dinaiki mangsa terlibat kemalangan dengan sebuah lori lima tan. - Foto ihsan bomba
Kereta dinaiki mangsa terlibat kemalangan dengan sebuah lori lima tan. - Foto ihsan bomba
A
A
A

TAMPIN - Pasangan suami isteri warga emas maut selepas kereta dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Tampin-Gemas, dekat Kampung Gedok, di sini, malam Rabu.

Mangsa Mohamad Ismail, 70, dan Halijah Hamat, 62, yang dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Felda Palong 3, disahkan maut di lokasi kejadian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gemencheh, Norfaizal Ahmad berkata, bomba menerima maklumat kejadian itu pada jam 8.46 malam dan tiba di lokasi pada jam 8.52 malam.

"Kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Proton Saga dan lori lima tan membawa muatan kayu.

"Ketika bomba sampai di lokasi kejadian pasangan itu didapati masih tersepit di dalam kereta mereka dan bomba mengambil masa kira-kira 20 minit untuk mengeluarkan mayat kedua-duanya," katanya.

Menurutnya, kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang tiba di lokasi kejadian.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tampin untuk tindakan lanjut.

Artikel Berkaitan: