Sila log masuk terlebih dahulu.

Usaha perangi rasuah disebar hingga akar umbi

Mohd Hairi
Mohd Hairi
A
A
A

SHAH ALAM – Usaha menyebar luas agenda memerangi rasuah ini bukan hanya semata-mata dilaungkan di peringkat pusat, sebaliknya sehingga ke akar umbi supaya matlamat dan pelaksanaannya berkesan dan mencapai objektifnya.

Ketua Pemuda UMNO Johor, Mohd Hairi Mad Shah berkata, bagi menyokong usaha itu, pihaknya akan merangka dan merencanakan program susulan selain bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membolehkan agenda ini terlaksana dan memberi kesan kepada akar umbi.

“Usaha mengekang dan mengelak budaya rasuah daripada menjadi semakin 'membusuk' dalam masyarakat dan bangsa di negara ini tidak seharusnya ditolak mentah-mentah kepada SPRM semata-mata, sebaliknya perlu disahut semua termasuk masyarakat itu sendiri,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, penglibatan penjawat awam dalam pelbagai kes rasuah seperti dilaporkan media tempatan amat membimbangkan.

“Isu integriti serta salah guna kuasa tidak boleh dipandang remeh kerana usaha untuk membaiki budaya negatif dalam sektor awam mesti dilakukan secara dalaman.

“Satu contoh terdekat impak dan kesan rasuah yang boleh kita ambil iktibar baru-baru ini ialah isu kartel daging haram yang menggemparkan negara.

“Apabila satu pihak atau sistem itu sudah digemari dengan budaya rasuah, akhirnya masyarakat teramai turut sama menerima natijahnya. Apakah kita mahu pisang berbuah dua kali dan sanggupkah kita memperjudi dan menggadai maruah demi semata-mata menerima sesuap wang ringgit?,” soal beliau.

Dalam pada itu, Mohd Hairi turut menyeru seluruh ahli dan jentera Pemuda di seluruh negeri untuk bersama-sama menanam tekad memerangi dan mencegah rasuah.

Artikel Berkaitan:

“Kita perlu menjadi contoh tauladan kepada rakyat dalam kita menerapkan politik yang lebih berintegriti.

“Dengan politik berintegriti, kita dapat mengembalikan kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadap UMNO, seterusnya memimpin, membantu rakyat dengan lebih berkesan,” katanya.