Sanggup kelar tangan untuk tarik perhatian suami

Mangsa mengalami kecederaan di tangan kiri.
Mangsa mengalami kecederaan di tangan kiri.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang wanita hilang pertimbangan diri selepas sanggup mengelar tangannya dipercayai kerana mahu mendapatkan perhatian daripada suaminya.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam tadi di Jalan Sultan, di sini, wanita berusia 34 tahun itu mengalami pendarahan yang agak kritikal.

Pegawai Pasukan Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kuala Lumpur, Leftenan Shahrul Kamar Mohd Johari berkata, lima anggota APM Kuala Lumpur bergegas ke lokasi untuk memberikan rawatan awal kepada mangsa.

“Setelah tiba di lokasi dapati wanita terbabit mengalami dua luka terhiris pada tangan kirinya akibat dipercayai mengelar diri sendiri.

Kesan kecederaan di tangan mangsa.
Kesan kecederaan di tangan mangsa.

“Mangsa kemudian telah dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menerima rawatan lanjut," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, daripada maklumat yang diterima, wanita itu mengelar tangannya sendiri kerana suaminya yang berusia 47 tahun itu dikatakan tidak memberikan perhatian kepadanya kerana sibuk melayan pelanggan ketika berniaga.

Difahamkan, ketika kejadian, suami kepada wanita berkenaan sedang berniaga barangan aksesori telefon pintar berhampiran lokasi kejadian.

Artikel Berkaitan: