PGA rampas 178 karton arak seludup

PGA menahan seorang lelaki dan merampas arak seludup dalam tiga kereta di kawasan tempat meletak kereta di GP Mall, Gelang Patah, Iskandar Puteri, pada Rabu.

A
A
A

ISKANDAR PUTERI - Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan seorang lelaki dan merampas 178 karton arak seludup pelbagai jenama dalam tiga kereta di GP Mall, Gelang Patah di sini pada Rabu.

Pegawai Pemerintah Batalion 5 PGA, Superintendan Dimin Awang berkata, penahan lelaki berusia 33 tahun dan rampasan itu dilakukan di tempat letak kereta pusat beli-belah tersebut pada jam 10.55 pagi.

"Anggaran keseluruhan nilai rampasan berjumlah lebih RM121,000. Tangkapan dan rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) IPD Iskandar Puteri untuk tindakan lanjut.

PGA menahan seorang lelaki dan merampas arak seludup dalam tiga kereta di kawasan tempat meletak kereta di GP Mall, Gelang Patah, Iskandar Puteri, pada Rabu.
PGA menahan seorang lelaki dan merampas arak seludup dalam tiga kereta di kawasan tempat meletak kereta di GP Mall, Gelang Patah, Iskandar Puteri, pada Rabu.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 135 Akta Kastam 1967," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini pada Khamis.

Dimin menyeru kepada orang awam untuk terus menyalurkan maklumat kepada pihak polis bagi mengekang lambakan barangan kontraban.

Artikel Berkaitan: