Empat warga asing ahli sindiket perjudian dalam talian diberkas

Antara barangan dirampas dalam serbuan di sebuah kondominium di Kuchai Entrepreneurs Park pada Selasa.
Antara barangan dirampas dalam serbuan di sebuah kondominium di Kuchai Entrepreneurs Park pada Selasa.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis menahan empat termasuk seorang wanita warga asing disyaki terlibat dalam sindiket perjudian dalam talian di sebuah kondominium di Kuchai Entrepreneurs Park di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, dalam serbuan pertama dua lelaki warga China berusia 30 dan 34 tahun di tahan pada jam 5 petang.

"Kita merampas dua unit komputer riba, dua modem, 19 telefon bimbit dan wang tunai RM55,000," katanya melalui satu kenyataan pada Khamis.

Anuar berkata, susulan dari operasi tersebut, pihaknya menahan seorang lelaki dan wanita berusia 20 dan 22 tahun di kediaman lain pada jam 6 petang.

"Kita merampas sebuah komputer riba, modem, satu kad akses dan dua telefon bimbit," katanya.

Anuar berkata, hasil siasatan mendapati kesemua suspek disyaki terlibat kes judi dalam talian.

"Mereka kini ditahan reman mengikut Seksyen 4 (1)(C) Akta judi rumah terbuka 1953 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63," katanya.

Artikel Berkaitan: