Mayat belakang lori tiada unsur jenayah

Anggota polis memeriksa mayat mangsa yang ditemui di belakang lori sebelum dibedah siasat di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.
Anggota polis memeriksa mayat mangsa yang ditemui di belakang lori sebelum dibedah siasat di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.
A
A
A

SERI MANJUNG - Hasil bedah siasat mayat lelaki dipercayai warga tempatan yang ditemui di bahagian belakang sebuah lori di kawasan parkir kenderaan di Taman Sejati, semalam, tiada unsur jenayah.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Muhammad Hanif Othman berkata, pada awalnya mayat telah dihantar ke Forensik Hospital Seri Manjung untuk pemeriksaan awal dan mendapati terdapat beberapa kesan luka dipercayai ditikam.

"Namun setelah mayat di hantar ke Pakar Bedah Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, didapati ianya bukanlah kesan tikaman tetapi kesen melecet yang terjadi sejak dua ke tiga hari lalu.

"Hasil bedah siasat juga mendapati mayat mengalami patah tulang rusuk kiri dan lebam di bahagian dada serta belakang badan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

ARTIKEL BERKENAAN: Mayat lelaki ditemui atas lori

Menurut Muhammad Hanif, pemeriksaan juga mendapati tiada sebarang kesan tikaman atau luka pada mana-mana bahagian badan mangsa selain tiada kesan pergelutan pada badan mayat termasuklah kecederaan organ dalaman.

"Berdasarkan pada penilaian pakar forensik, kemungkinan kematian mangsa adalah jatuh dari tempat tinggi.

"Pihak polis percaya mangsa cuba memanjat bangunan kedai tersebut dan terjatuh kerana adanya kesan papan iklan dipijak dan serpihan lampu telah pecah.

Artikel Berkaitan:

"Kes sebelum ini diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan diubah sebagai mati mengejut," katanya.