Trump ikuti proses pelantikan Biden

Trump bersama bekas Wanita Pertama, Melania tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Palm Beach di West Palm Beach, Florida pada Rabu. - Foto: AFP
Trump bersama bekas Wanita Pertama, Melania tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Palm Beach di West Palm Beach, Florida pada Rabu. - Foto: AFP
A
A
A

WASHINGTON - Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dilaporkan mengikuti proses acara pelantikan penggantinya, Joe Biden di Capitol, Washington ketika dalam perjalanan ke Palm Beach di Florida, menurut individu yang turut bersama beliau dalam pesawat Air Force One.

Trump yang masih enggan menerima kekalahannya tidak pernah mengucapkan tahniah atas kemenangan Biden malah beliau juga tidak menyebut nama bekas Naib Presiden itu dalam ucapan perpisahannya.

Sementara itu, jurucakap Rumah Putih mengesahkan Trump ada meninggalkan sepucuk surat buat Biden seperti yang dilakukan setiap bekas Presiden AS sebelum ini apabila proses peralihan kuasa berlaku.

Beberapa jam sebelum majlis pelantikan itu berlangsung, Biden turut berkongsi tweet ' hari baharu di Amerika' di Twitter beberapa minit selepas Trump meninggalkan Washington. - Agensi

ARTIKEL BERKAITAN: Donald Trump tinggalkan Rumah Putih

Artikel Berkaitan: