Biden-Kamala tiba di Capitol

Biden dan isteri, Jill tiba di Capitol. Turut kelihatan Kamala Harris (kiri). - AFP
Biden dan isteri, Jill tiba di Capitol. Turut kelihatan Kamala Harris (kiri). - AFP
A
A
A

WASHINGTON - Joe Biden dan gandingannya, Kamala Harris telah tiba di bangunan Capitol bagi majlis angkat sumpah Presiden ke-46 Amerika Syarikat (AS).

Ketibaan Biden-Harris dirakam dua jam selepas Presiden Donald Trump meninggalkan Rumah Putih buat kali terakhir.

Selain gandingan itu, Naib Presiden Mike Pence turut dilihat berada di Capitol bagi menyaksikan upacara angkat sumpah tersebut.

Bekas Presiden Barack Obama dan Bill Clinton turut hadir bagi menyaksikan pengisytiharan Biden sebagai Presiden ke-46 AS.

Biden dipilih menggantikan Trump selepas memenangi Pilihan Raya Presiden pada November lalu.

Sebagai rekod, Biden, 78, ialah Presiden tertua dalam sejarah AS dan berusia 81 tahun pada pilihan raya berikutnya pada 2024.

Sementara itu, Harris, 56, yang berketurunan Tamil-Jamaica pula melakar sejarah sebagai Naib Presiden wanita pertama.

Majlis angkat sumpah Presiden kebiasaannya membabitkan perhimpunan besar-besaran di Washington, namun tidak bagi Biden dan Harris yang upacara mereka disiarkan secara virtual, berikutan larangan akibat Covid-19 dan penguatkuasaan langkah keselamatan susulan rusuhan di Capitol pada 6 Januari lalu. - Agensi

Artikel Berkaitan: