Pemangku Peguam Negara AS undur diri

Jeffrey Rosen -Foto: Agensi
Jeffrey Rosen -Foto: Agensi
A
A
A

WASHINGTON - Pemangku Peguam Negara Amerika Syarikat (AS), Jeffrey Rosen akan mengundur diri sebaik sahaja Joe Biden selesai mengangkat sumpah sebagai Presiden AS ke-46.

Jabatan Keadilan AS berkata, peletakan jawatan Rosen berkuat kuasa pada Khamis petang.

Rosen sebelum ini dipilih menggantikan Bill Bar yang meletak jawatan pada 23 Disember tahun lalu.

Sejak memangku jawatan tersebut, Rosen dilihat lebih berprofil rendah apabila tidak pernah mengadakan sidang akhbar mahu bersemuka dengan wartawan.

Malah, Rosen sekadar menggunakan video pra-rakaman bagi membincangkan isu rusuhan penyokong tegar Presiden Donald Trump di bangunan Capitol, Washington yang telah meragut lima nyawa termasuk seorang anggota polis.

Difahamkan, pegawai veteran Jabatan Keadilan, Monty Wilkinson dijangka akan mengambil tugas Rosen sebagai pemangku, sementara menunggu pengesahan pelantikan Hakim Merrick Garland oleh Senat. - Agensi

ARTIKEL BERKAITAN: Donald Trump tinggalkan Rumah Putih

Artikel Berkaitan: