Mahkamah UK benarkan Malaysia Airline terus proses penstrukturan

Pesawat Malaysia Airline System Berhad (MASB) diletakkan di ruang parking di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) susulan terkesan pandemik Covid-19. - AFP
Pesawat Malaysia Airline System Berhad (MASB) diletakkan di ruang parking di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) susulan terkesan pandemik Covid-19. - AFP
A
A
A

KUALA LUMPUR - Malaysia Aviation Group Bhd (MAG), syarikat induk Malaysia Airlines Bhd kini sudah mendapat kelulusan daripada Mahkamah United Kingdom (UK) untuk meneruskan penstrukturan semula kumpulan itu.

Ia susulan kesan teruk pandemik Covid-19 terhadap industri pelancongan di seluruh dunia.

MAG dalam kenyataannya berkata, penstrukturan dibuat berdasarkan Rancangan Perniagaan Jangka Panjang (LTBP) yang disemak semula untuk memastikan kelangsungan jangka panjang dengan sokongan kuat daripada rakang kongsi dan sebahagian besar pemiutang.

"Awal tahun 2020 menyaksikan MAG memulakan penerbangan dengan program pemulihan yang berterusan.

"Kemudian, Covid-19 menjadikan momentum terhenti seketika dengan sempadan ditutup selain pesawat terkandas yang sekali gus memberi kesan terhadap industri penerbangan dan mungkin dijangka pulih pada 2023," katanya.

Tambahnya, MAG mengambil tindakan muktamad bagi mengurangkan kos, mengekalkan wang tunai dan mengubah perniagaan dan menyesuaikan aspirasi jangka panjang untuk mengatasi krisis ini.

"Pada September 2020, dengan laluan aliran trafik rendah ditambah ketidaktentuan berterusan industri, MAG mengambil keputusan sukar untuk penstrukturan menyeluruh yang bertujuan mengekalkan keuntungan jangka panjang.

"Sejak itu, MAG melakukan perbincangan aktif dengan semua pemegang saham utama dan telah berjaya mendapatkan sokongan luar biasa untuk menjalankan penstrukturan semula selepas melakukan banyak rundingan," tambahnya.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, terdapat sebilangan kecil pemiutang belum lagi menunjukkan sokongan mereka terhadap penyusunan semula itu.

Malaysia Airlines pada awal Oktober lalu melaksanakan proses kecemasan penyusunan semula perniagaan dan modalnya dengan mengkaji LTBP dalam usaha memastikan kesesuaian dan kelangsungan kumpulan yang terkesan oleh penularan Covid-19. tamat