Kelayakan automatik diskaun bil elektrik kepada pelanggan komersial

TNB
TNB
A
A
A

SHAH ALAM - Kelayakan automatik diberikan kepada pelanggan komersial Tenaga Nasional Berhad (TNB) daripada enam sektor terpilih di bawah diskaun Pakej Rangsangan Ekonomi 2020.

Menurut TNB, enam sektor tersebut termasuk pengendali hotel, taman tema, pusat konvensyen, pusat membeli belah, pejabat syarikat penerbangan tempatan serta agensi pelancongan yang telah terjejas teruk berikutan pandemik Covid-19.

“TNB ingin mengumumkan bahawa sejumlah 10,768 daripada pelanggan komersialnya daripada enam sektor berikut yang sebelum ini menerima diskaun 15 peratus di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi 2020, layak menerima diskaun Permai secara automatik,” katanya menerusi satu kenyataan pada Rabu.

Terdahulu pada Isnin, kerajaan bersetuju diskaun sebanyak 10 peratus bagi tempoh Januari hingga Mac 2021 diberikan kepada enam sektor perniagaan di seluruh negara.

Dalam pada itu, ujar TNB, pelanggan daripada enam sektor sama yang tidak termasuk dalam senarai awal yang diluluskan kerajaan boleh menghantar rayuan dengan mengisi borang permohonan diskaun 10 peratus yang boleh dimuat turun melalui pautan https://www.tnb.com.my/assets/files/Discount_Application_Form_KeTSA.pdf.

Borang yang telah diisi berserta dokumen sokongan hendaklah diserahkan kepada TNB selewat-lewatnya pada 31 Mac 2021.

Penyerahan dokumen boleh dilakukan melalui emel kepada TNB CareLine di tnbcareline@tnb.com.my atau Kedai Tenaga berdekatan (selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat).

Bagi maklumat lanjut, Soalan Lazim bagi diskaun ini boleh dilayari di laman web TNB di pautan https://www.tnb.com.my/prihatin/faq-permai-2021/.

Artikel Berkaitan:

Bagi sebarang pertanyaan, hubungi TNB CareLine 1 300 88 5454 atau Facebook TNB CareLine.