Saya tak kenal Uncle Kentang, kata Muhyiddin

Kuan Chee Heng
Kuan Chee Heng
A
A
A
SEMENYIH - Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui beliau tidak mengenali aktivis masyarakat, Kuan Chee Heng atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Chee Heng yang mengumumkan untuk bertanding sebagai calon Bebas dalam PRK Dun Semenyih.

Begitupun, Muhyiddin menegaskan beliau tiada masalah dengan penglibatan Uncle Kentang kerana dalam negara demokrasi, semua orang dibenarkan bertanding dalam pilihan raya.

“Saya tak kenal Uncle Kentang. Apa pun saya tak kisah, pilihan raya ini kita amalkan sistem demokrasi. Siapa nak bertanding boleh bertanding.

“Bukan di sini saja, tempat lain pun begitu. Tidak mengapalah, siapa pun (bertanding) kita akan hadapi,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan ahli dan pemimpin Bersatu di sini, tengahari tadi.

Tambah Ahli Parlimen Pagoh itu, Bersatu tidak akan memandang rendah kepada semua lawannya dalam PRK Dun Semenyih nanti.

“Kita tak mahu pandang rendah dia (Chee Heng), tiada sikap sebegitu. Masa pilihan raya adalah pilihan raya.

“Rakyat adalah penentu dan kita tidak tahu sikap rakyat samada akan menyokong kita atau tidak,” ujarnya.

Baru-baru ini, Chee Heng mengesahkan akan bertanding sebagai calon Bebas pada PRK Semenyih 2 Mac nanti.

Artikel Berkaitan:

Dia yang lebih dikenali sebagai Uncle Kentang berkata akan menggunakan lambang telefon untuk menentang calon daripada PH dan BN.