IPD Kemaman 'banjir lumpur' gara-gara paip pecah

Pekarangan IPD Kemaman dilimpahi air kerana paip pecah. - Foto Ihsan polis
Pekarangan IPD Kemaman dilimpahi air kerana paip pecah. - Foto Ihsan polis
A
A
A

KEMAMAN - Bangunan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman dilimpahi air dan lumpur gara-gara paip air di hadapan bangunan itu pecah, kira-kira jam 11 malam pada Selasa.

Bukan itu sahaja, dua buah kenderaan milik anggota polis yang diletakkan di lokasi kejadian turut rosak.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, kejadian paip pecah itu menyebabkan jalan berkenaan berlubang seluas tiga meter dan dua kenderaan milik anggotanya yang diparkir di tempat kejadian ditenggelami lumpur.

Kenderaan anggota polis yang diparkir turut rosak ditenggelami lumpur. - Foto Ihsan polis
Kenderaan anggota polis yang diparkir turut rosak ditenggelami lumpur. - Foto Ihsan polis

"Kita telah menutup laluan kedua-dua arah di hadapan IPD itu kepada semua kenderaan sejauh 200 meter.

"Limpahan air itu telah memenuhi ruang balai dan lokap hingga paras buku lali (0.1 meter)," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.

Tambah Hanyan, pihaknya tidak pasti punca paip berkenaan pecah, namun Syarikat Air Terengganu (SATU) sudah mengambil tindakan berhubung kejadian itu.

Katanya, kerja pembersihan dilakukan dan insiden itu tidak membabitkan kerosakan harta benda dalam premis.

Artikel Berkaitan:

IPD Kemaman dilimpahi air gara-gara paip pecah. - Foto Ihsan polis
IPD Kemaman dilimpahi air gara-gara paip pecah. - Foto Ihsan polis