Perhilitan selamatkan rusa jantan cedera dilanggar

Rusa sambar ditemui cedera di Jalan Sungkai-Slim River pada Selasa.
Rusa sambar ditemui cedera di Jalan Sungkai-Slim River pada Selasa.
A
A
A

IPOH - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Pehilitan) Perak berjaya menyelamatkan seekor rusa sambar yang cedera dipercayai dilanggar kenderaan di Jalan Sungkai-Slim River, Tapah di sini pada Selasa.

Pengarahnya, Yusoff Shariff berkata, rusa jantan seberat 120 kilogram itu ditemui anggota ketika dalam perjalanan melakukan operasi tembak babi hutan sekitar jam 9.20 malam.

“Rusa dianggarkan berusia antara 12 dan 13 tahun itu mengalami patah kaki kanan depan dipercayai dilanggar kenderaan.

“Rusa cedera itu ditemui kakitangan Perhilitan Daerah Tapah yang dalam perjalanan untuk operasi tembak babi hutan,” katanya.

Menurutnya, mamalia itu kemudiannya dibawa ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC), Sungkai untuk rawatan.

“Pihak Perhilitan mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang lalu di kawasan berkenaan yang turut memberi bantuan,” katanya.

Artikel Berkaitan: