Jambatan Darul Hana

A
A
A

Tarikan terbaharu di bandar raya ini, ialah jambatan pejalan kaki ikonik dikenali sebagai Jambatan Darul Hana, dengan kos RM35 juta dibina berhampiran tempat Gabenor British terakhir, Sir Alexander Waddle menyeberangi Sungai Sarawak dari Astana Negeri ke tebing seberang, pada hari terakhir pentadbiran Inggeris di Sarawak.

Meskipun menjadi mercu tanda terbaharu, pelawat ke Darul Hana dapat mengimbau nostalgia lalu kehidupan masyarakat di sepanjang Sungai Sarawak malah kerajaan negeri juga memberi komitmen untuk mempertahankan bangunan-bangunan popular lain yang berusia lebih seabad di bandar raya Kuching.

Projek Darul Hana ini merupakan sebahagian daripada pelbagai inisiatif oleh kerajaan negeri, sempena sambutan ulang tahun ke-32 bandar raya Kuching, tahun lalu.

Artikel Berkaitan:
Artikel Disyorkan