Lebih 20 jam padam kebakaran tiga gudang

Anggota bomba bertungkus-lumus memadam kebakaran di tiga gudang dan sebuah gelanggang futsal di Kampung Parit Tiram, Jalan Bakri, Muar sejak petang Selasa.
Anggota bomba bertungkus-lumus memadam kebakaran di tiga gudang dan sebuah gelanggang futsal di Kampung Parit Tiram, Jalan Bakri, Muar sejak petang Selasa.
A
A
A
MUAR - Pihak bomba berhempas-pulas lebih 20 jam memadamkan tiga gudang dan sebuah gelanggang futsal yang terbakar di Kampung Parit Tiram, Jalan Bakri di sini sejak petang Selasa.

Seramai 37 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muar dibantu BBP Bukit Gambir terlibat dalam kerja-kerja memadam kebakaran.

Menurut Komander Operasi dari BBP Muar, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Jefri Jamal, dibantu tiga jentera Fire Rescue Team (FRT) satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS), satu lori tangki, satu utiliti Hilux dan tiga unit Rapid Intervention Motorcycle (RIM).

“Pihak bomba menerima panggilan kebakaran pada jam 4.38 petang semalam (Selasa) daripada Pasukan Keluaran Operasi (PKO) negeri Johor sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

“Apabila tiba di lokasi kejadian, kesemua gudang terbakar melebihi 50 peratus.
Artikel Berkaitan:


Beliau berkata, setakat ini operasi masih berjalan dan pihak bomba kini sudah dapat mengawal 70 peratus kebakaran.

Jelasnya, kebakaran tidak melibatkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa.