Pelajar SMK Petra Jaya cedera, jatuh bangunan sekolah

No Image Caption
A
A
A

KUCHING - Baru hari pertama persekolahan sesi 2021 bermula, seorang pelajar lelaki Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Petra Jaya di sini cedera dipercayai terjatuh dari tingkat tiga bangunan sekolahnya pada Rabu.

Ketua Polis daerah Kuching, Asisten Komisioner Awang Din Awang Gani ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan berkata, pihaknya menerima laporan kira-kira jam 7 pagi mengenai insiden yang menimpa pelajar Tingkatan Lima itu yang kini dirawat di Hospital Umum Sarawak di sini.

“Mangsa juga telah dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut oleh pihak ambulans yang tiba di tempat kejadian.

“Setakat ini, kes masih dalam siasatan polis dan kecederaan sebenar mangsa yang merupakan pelajar aliran sains itu masih belum diketahui dan kami masih menunggu laporan penuh doktor,” katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: