Pendakwaan panggil tiga lagi saksi kes Syed Saddiq, Papagomo

Syed Saddiq. Gambar kecil: Papagomo
Syed Saddiq. Gambar kecil: Papagomo
A
A
A

KAJANG - Pihak pendakwaan dalam perbicaraan kes blogger Papagomo yang didakwa mengaibkan dan mencederakan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di Mahkamah Majistret di sini dijangka memanggil tiga lagi saksi untuk memberi keterangan sebelum menutup kesnya.

Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Hairuliqram Hairuddin berkata, setakat ini lapan saksi telah dipanggil memberi keterangan dalam perbicaraan di hadapan Majistret Muhammad Noor Firdaus Rosli itu.

“Lapan saksi pendakwaan yang telah selesai memberikan keterangan termasuklah pihak polis dan Syed Saddiq, 29, yang merupakan saksi keempat yang mana beliau telah selesai memberi keterangan pada 30 Januari tahun lepas,” katanya ketika ditanya mengenai perkembangan kes itu pada Rabu.

Muhammad Hairuliqram berkata, perbicaraan yang sepatutnya dijadualkan bersambung pada 25 Januari ini ditangguhkan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurutnya, mahkamah telah menetapkan tarikh baharu sambung bicara pada 2 dan 3 Mac depan. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: Pihak pendakwaan panggil 5 lagi saksi kes Papagomo-Syed Saddiq

Artikel Berkaitan: