Tambah anggota penyelamat cari mangsa lemas

Azlimin bertemu ibu mangsa, Masitah yang menunggu usaha mencari anaknya di Pulau Warisan.
Azlimin bertemu ibu mangsa, Masitah yang menunggu usaha mencari anaknya di Pulau Warisan.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Terengganu (JBPM) menambah 50 lagi anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) bagi melancarkan operasi mencari dan menyelamat mangsa lemas di muara sungai Terengganu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Azlimin Mat Noor berkata, peningkatan itu bagi menambah kekuatan 10 anggota PPDA yang bertugas sejak semalam.

"Operasi ini agak terbatas berbanding operasi darat kerana anggota kita akan lebih cepat berasa penat.

"Jadi, cara paling bagus adalah dengan menambah jumlah anggota," katanya.

Azlimin berkata, usaha pencarian perlu dilakukan secepat mungkin sebelum berdepan arus lebih deras.

"Kita perlu lakukan operasi mencari dengan lebih cepat kerana berkemungkinan petang nanti arus akan lebih deras," katanya.

Usaha mencari seorang pemancing, Abdul Bari Asyraf Mohd, 31, dari Kampung Panji di sini dilakukan sejak semalam.

Mangsa dikhuatiri lemas selepas menyelamatkan empat sekeluarga di dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda yang terjunam di muara Sungai Terengganu di Pulau Warisan, di sini, jam 9.40 malam semalam.

Sementara itu, kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Storm yang terjunam bersama empat penumpang di muara Sungai Terengganu, berjaya dinaikkan ke darat kira-kira jam 11 pagi tadi.



Artikel Berkaitan: