Tiga anggota polis direman disyaki minta rasuah

Suspek diiring SPRM di mahkamah pada Rabu.
Suspek diiring SPRM di mahkamah pada Rabu.
A
A
A

SEREMBAN - Tiga anggota polis direman empat hari bermula pada Rabu kerana disyaki menerima rasuah sebanyak RM230 daripada seorang lelaki.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Penolong Kanan Pendaftar, Zaridah Y Abdul Jaapar selepas membenarkan permohonan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Semua suspek berpangkat koperal dan lans koperal itu disyaki meminta dan menerima RM180 daripada seorang lelaki untuk menukar sel lokap anaknya yang ditahan di lokap polis.

Difahamkan suspek juga meminta dan menerima RM50 daripada lelaki sama untuk membawa masuk makanan dari luar untuk anaknya.

Kesemua suspek masing-masing berusia 33, 34 dan 35 tahun itu ditahan di Pejabat SPRM Negeri Sembilan pada Selasa, jam 11.30 pagi.

Siasatan di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Artikel Berkaitan: