X

Kindly register in order to view this article
!

PKP: Negeri Sembilan benar solat Jumaat, fardu ikut kapasiti masjid

Aminuddin (tengah) pada sidang akhbar di kediaman rasminya.
A
A

SEREMBAN - Pelaksanaan solat Jumaat dan solat fardu di Negeri Sembilan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dibenarkan dengan kehadiran jemaah berdasarkan kapasiti ruang masjid dan surau.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, semua jawatankuasa masjid dan surau diminta mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) sebelum ini.

"Jemaah diwajibkan membawa sejadah sendiri yang bersaiz besar, memakai pelitup muka, perlu mengambil wuduk di rumah dan mematuhi had keluasan melakukan ibadah dalam ruang utama masjid sahaja.

"Jadi saya minta semua jawatankuasa masjid dan surau ambil tindakan dengan menjalankan SOP yang dikeluarkan oleh JHEAINS," katanya pada sidang akhbar di kediaman rasminya pada Rabu.

Beliau berkata, rumah ibadat bukan Islam pula dibenarkan untuk mengadakan aktiviti sembahyang sahaja dan tidak dibenarkan mengadakan sebarang sambutan, majlis perayaan serta perkahwinan.

Aminuddin berkata, kerajaan negeri juga mengambil keputusan untuk membuka 100 peratus kaunter perkhidmatan di bawah kelolaan kerajaan negeri.

"Namun penggunaan aplikasi atau perkhidmatan dalam talian bagi sebarang urusan pembayaran dengan kerajaan negeri adalah amat digalakkan," katanya.

Selain itu katanya, pengoperasian Taksa dan Tabika Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) serta Tabika Perpaduan adalah ditutup sepanjang PKP.

Tambah beliau, operasi pasar borong adalah dari jam 12.01 tengah malam sehingga 2 petang sahaja.

"SOP PKP lain sama seperti diumumkan kerajaan dan dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN)," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!