Polis tahan ahli Geng 36

Suspek yang ditahan.
Suspek yang ditahan.
A
A
A
JOHOR BAHRU - Polis Johor menahan seorang lelaki berusia lewat 20-an di Taman Perwira, Kluang, malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Senior Asisten Komisioner Md Yusof Ahmad berkata, tangkapan tersebut dilakukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kluang sekitar jam 10.40 malam.

Menurutnya, hasil pemeriksaan tubuh badan mendapati terdapat tatu yang disyaki lambang kumpulan kongsi gelap.

"Lelaki ini mempunyai rekod lampau di bawah Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan; Seksyen 385 Kanun Keseksaan; Seksyen 393 Kanun Keseksaan; dua kes Seksyen 412 Kanun Keseksaan dan dua kes Seksyen 15(1)a Akta Dadah Berbahaya 1952.

"Semakan ujian air kencing ke atas lelaki tersebut adalah negatif," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Artikel Berkaitan:


Md Yusof berkata, hasil soal siasat awal mendapati lelaki terbabit mengaku sebagai ahli Geng 36 sejak berusia 16 tahun.

Katanya, lelaki terbabit ditahan reman bermula hari ini, hingga 11 Februari dan kes disiasat di bawah Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966.