X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 26 Januari 2022

Hanya tiga unit minyak masak bersubsidi untuk setiap pelanggan

Gambar hiasan
A
A

PUTRAJAYA - Pembelian minyak masak bersubsidi satu kilogram dihadkan kepada tiga unit per transaksi untuk setiap pelanggan.

Pengarah Penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Azman Adam berkata, kebenaran penetapan had pembelian tersebut berkuatkuasa pada Selasa.

"Ia bertujuan memastikan lebih ramai pengguna berpeluang memperoleh bekalan minyak masak yang diberikan subsidi kerajaan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Menurutnya, penetapan had itu terpakai kepada minyak masak pek polybag satu kilogram sahaja dan perlu dijual dengan harga RM2.50 sekilogram manakala tiada had pembelian perlu dikenakan ke atas minyak masak bukan dalam pek polybag satu kilogram.

Beliau berkata, KPDNHEP kekal konsisten mengawal selia aktiviti perdagangan dan pengedaran dalam negara bagi memastikan rangkaian pengedaran pemborongan dan peruncitan tidak terjejas sekali gus dapat memberi keyakinan kepada rakyat bahawa bekalan barangan keperluan asas dan penjagaan diri mencukupi di pasaran.

"Arahan ini juga memastikan tiada perlakuan peniaga yang mengambil kesempatan memanipulasi harga dan bekalan minyak masak semasa pandemik Covid-19," katanya.

Minyak masak dalam bungkusan polybag satu kilogram merupakan barang kawalan yang diberikan subsidi di bawah Program Skim Rasionalisasi Harga Minyak Masak (COSS) dan dijual pada harga tetap iaitu RM2.50.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!