Kehadiran sekumpulan gajah bimbangkan penduduk

Kehadiran seekor gajah di Kampung Batu 28, Kluang, pada Isnin tular sekali gus membimbangkan penduduk setempat dan kawasan berdekatan.
Kehadiran seekor gajah di Kampung Batu 28, Kluang, pada Isnin tular sekali gus membimbangkan penduduk setempat dan kawasan berdekatan.
A
A
A

KLUANG - Penduduk Kampung Contoh di sini resah dengan kehadiran sekumpulan kawanan gajah di Kampung Batu 28 di sini pada Isnin.

Menurut Ketua Kampung Contoh, Abdul Raub Abdul Wahab, 58, ini kerana dua kampung itu bersebelahan dan berhampiran Hutan Simpan Lenggor.

Beliau berkata, biasanya sekumpulan gajah akan muncul antara dua kampung berkenaan pada jam 7 malam ke atas.

"Kemunculan terbaharu melibatkan seekor gajah dewasa di Kampung Batu 28 pada dua hari lalu (Isnin) di hadapan rumah seorang penduduk.

"Gajah itu merayap dalam kawasan kampung dan mujur tiada apa-apa berlaku," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.

Sejak dua hari lalu tular satu video berdurasi 12 saat memaparkan seekor gajah melintas di sebuah rumah penduduk di Kampung Batu 28.

Difahamkan biasanya selepas muncul di Kampung Batu 28, Gajah akan muncul pula di Kampung Contoh.

Abdul Raub berkata, sebelum ini sekumpulan gajah muncul di Kampung Contoh tiga malam berturut-turut.

Artikel Berkaitan:

Katanya, kumpulan gajah berkenaan tidak mengganggu penduduk atau merosakkan rumah atau kenderaan sebaliknya hanya makan pucuk pokok kelapa sawit dan daun pokok kelapa yang rendah.

Beliau akan meminta bantuan renjer dan anggota Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk membuat rondaan sekiranya gajah tersebut muncul semula.