Kanak-kanak 10 tahun mangsa cabul bapa tiri

Baharudin Abdullah
Baharudin Abdullah
A
A
A

DUNGUN - Seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun dipercayai menjadi mangsa cabul bapa tirinya sejak lima tahun lalu.

Perbuatan terkutuk suspek berusia 37 tahun itu terbongkar selepas mangsa menceritakan kejadian itu kepada ibunya yang berusia 34 tahun.

Menurut sumber, mangsa nekad memberitahu ibunya ketika mereka berada di rumah di Kelantan, pada November tahun lalu.

"Mangsa memberitahu, suspek melakukan perbuatan terkutuk itu ketika mereka menetap di Dungun, sewaktu ibu mangsa tiada di rumah.

"Ibu mangsa yang terkejut dengan cerita anaknya, telah membuat laporan polis untuk tindakan lanjut," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah ketika dihubungi pada Rabu mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.

Katanya, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan dan usaha mengesan suspek giat dijalankan.

Artikel Berkaitan: