Biden akan kaji semula isu Rohingya

Pentadbiran Biden akan kaji semula untuk tentukan sama ada penganiayaan Myanmar terhadap minoriti Rohingya sama seperti genosid. - Foto 123RF
Pentadbiran Biden akan kaji semula untuk tentukan sama ada penganiayaan Myanmar terhadap minoriti Rohingya sama seperti genosid. - Foto 123RF
A
A
A

WASHINGTON - Pentadbiran Biden akan mengkaji semula untuk menentukan sama ada penganiayaan Myanmar terhadap minoriti Rohingya sama seperti genosid, kata Antony Blinken pada Selasa, lapor Agensi Anadolu.

Beliau berkata demikian ketika sesi Senat yang membahaskan usul pelantikannya sebagai Setiausaha Negara dan andai diluluskan, jawatan itu membolehkannya mengetuai proses berkenaan.

Menurut Amnesty International, lebih 750,000 pelarian Rohingya, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, melarikan diri dari Myanmar dan menuju ke Bangladesh selepas setelah tentera Myanmar bertindak kejam terhadap komuniti minoriti Muslim pada Ogos 2017.

Sejak itu, hampir 24,000 Muslim Rohingya dibunuh tentera Myanmar, menurut laporan Pertubuhan Pembangunan Antarabangsa Ontario (OIDA).

Usul pelantikan Binken dijangka diluluskan Senat selewat-lewatnya Rabu, sebaik selepas Joe Biden secara rasmi mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat. - Bernama

Artikel Berkaitan: