Trump bangga tiada peperangan baharu dimulakan AS

Donald Trump
Donald Trump
A
A
A

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dalam ucapan perpisahannya pada Selasa berkata, beliau merupakan Presiden pertama negara itu dalam tempoh beberapa tahun yang tidak pernah memulakan peperangan di dunia ketika memerintah selama satu penggal.

"Saya berasa bangga untuk menjadi Presiden AS yang pertama dalam tempoh berdekad-dekad tidak memulakan peperangan baharu," katanya berdasarkan kepada petikan ucapannya yang menurut Rumah Putih akan disiarkan tidak lama lagi.

Trump tidak akan hadir pada majlis angkat sumpah bekas Naib Presiden AS, Joe Biden daripada parti Demokrat sebagai Presiden baharu AS yang ke-46 di Washington pada Rabu setelah beliau dikalahkannya dalam pilihan raya Presiden AS pada November tahun lalu.

Pada Ahad lalu, Naib Presiden AS, Mike Pence memuji Trump daripada parti Republikan kerana menganggapnya sebagai Presiden pertama AS dalam tempoh beberapa dekad menjauhkan AS daripada memulakan peperangan di dunia.

"Saya berasa bangga untuk melaporkan bahawa beberapa hari selepas beliau meninggalkan pentadbiran (AS), pentadbiran kami adalah yang pertama tidak melibatkan Amerika ke dalam satu perang baharu," kata Pence.

Beliau berkata demikian semasa berucap di Fort Drum di daerah Jefferson, AS.

Pence membuat kenyataan tersebut kurang dua minggu selepas para penyokong Trump menyerang bangunan Capitol di Washington dan mendesak beliau digantung selepas Presiden AS itu mendakwa berlaku penipuan undi dalam pilihan raya Presiden Amerika pada 3 November tahun lalu.

Sebelum ini, seorang anggota Republikan, Maat Gaetz daripada Dewan Perwakilan dilaporkan pernah berkata bahawa Trump merupakan Presiden pertama sejak Presiden AS ke-40, Ronald Reagan yang tidak memulakan satu perang baharu di dunia. - Agensi

Artikel Berkaitan: