Burung pun kena rembat

Osman menunjukkan burung yang dirampas daripada dua suspek pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping pada Rabu.
Osman menunjukkan burung yang dirampas daripada dua suspek pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping pada Rabu.
A
A
A

TAIPING- Polis berjaya menyelesaikan 14 kes membabitkan samun, curi basikal, pecah rumah dan kedai serta kecurian burung apabila menahan Geng Kattu yang didalangi dua bersaudara di sini.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, abang dan adik ipar masing-masing berusia 24 tahun itu ditahan dalam serbuan yang dilakukan di sekitar Taiping pada Jumaat dan Ahad lalu.

"Polis berjaya merampas pelbagai barangan antaranya enam telefon bimbit, dua ekor burung Murai Batu, Tiong Emas dan Bayan; tiga parang panjang dan motosikal Yamaha LC 135.

"Kesemua barangan yang dirampas dianggarkan bernilai sekitar RM20,000 dipercayai hasil kegiatan jenayah yang dilakukan tahun lalu,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping pada Rabu.

Polis merampas pelbagai barangan yang dipercayai digunakan dalam kegiatan jenayah pada serbuan yang dilakukan di sekitar Taiping pada Jumaat dan Ahad lalu. (Burung Tiong Emas antara barang yang dirampas daripada suspek dalam serbuan)

Menurutnya, modus operandi geng itu menyasarkan kawasan perumahan yang sunyi serta rumah yang tidak berpenghuni.

“Kita akan cuba mendapatkan semula barangan kes iaitu sebuah basikal berjenama yang dijual di Kuala Lumpur dengan harga RM800.

“Selain itu, polis sedang mengesan ahli kumpulan lain yang terlibat sama dalam kegiatan jenayah ini,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Osman berkata, kedua-dua suspek yang mempunyai rekod lampau dalam jenayah dan dadah telah direman sehingga Khamis.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 393,379 dan 457 Kanun Keseksaan.