Bayaran pinjaman PTPK ditangguh tiga bulan

M Saravanan
M Saravanan
A
A
A

PUTRAJAYA - Bayaran balik pinjaman latihan kemahiran Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) ditangguhkan sehingga tiga bulan kepada peminjam yang layak.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan berkata, langkah itu sebahagian daripada tanggungjawab sosial bagi dapat membantu meringankan beban peminjam PTPK yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

"Pelanjutan tempoh penangguhan ini akan melibatkan bayaran balik pinjaman berjumlah RM9,516,798.90 dan memberi manfaat kepada 72,747 akaun," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Menurutnya, peminjam PTPK yang terkesan boleh mengemukakan permohonan melalui borang penangguhan yang boleh diisi di laman sesawang PTPK mulai 15 Januari hingga 31 Mac 2021.

"Untuk maklumat dan pertanyaan lanjut peminjam boleh mengemukakan e-mel kepada covidcarebb@ptpk.gov.my atau skillsfund@ptpk.gov.my. Maklumat lanjut juga boleh diperoleh melalui laman web rasmi PTPK www.ptpk.gov.my," katanya.

Artikel Berkaitan: