125 sekolah menengah di Negeri Sembilan buka

Susana sesi pertama persekolahan di SMK Lui Barat berjalan lancar.
Susana sesi pertama persekolahan di SMK Lui Barat berjalan lancar.
A
A
A

SEREMBAN - Sebanyak 125 sekolah menengah di Negeri Sembilan dibuka pada Rabu melibatkan pelajar yang akan menduduki peperiksaan.

Pengarah Pendidikan Negeri Sembilan Md Fiah Md Jamin berkata, jumlah itu membabitkan seramai 15,918 pelajar bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM); 1,429 pelajar Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM); 689 pelajar Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dan 65 pelajar Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).

"Suasana sesi persekolahan di Negeri Sembilan berjalan lancar dan teratur selain pelajar yang hadir mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

"Setakat ini tiga buah sekolah telah saya lawati melibatkan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Enstek, Nilai, dan SMK Kompleks KLIA, Nilai mencatatkan kehadiran lebih 95 pelajar," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.

Sementara itu, suasana hari pertama persekolahan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jelai, Kuala Pilah dan SMK Lui Barat, Jempol berada dalam keadaan lancar.

Seramai 73 pelajar SMK Jelai dan 103 pelajar SMK Lui Barat, Jempol hadir pada hari pertama sesi persekolahan secara bersemuka.

Pengetua SMK Lui Barat, Mahad Bujang seramai 95 peratus pelajar sekolah itu hadir pada sesi pertama persekolahan.

"Semuanya berjalan lancar dan patuh SOP bagaimana pun bagi pelajar yang tidak hadir, kami akan menghubungi penjaga atau ibu bapa untuk mendapat kepastian serta maklumat sebenar punca mereka tidak hadir," katanya.

Artikel Berkaitan: