OKT positif, lapan polis dikuarantin

No Image Caption
A
A
A

TAIPING - Sepasukan lapan anggota polis terpaksa menjalani kuarantin kendiri selepas salah seorang wanita warga Thailand yang ditahan dalam Ops Noda pada Ahad, didapati positif Covid-19.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, wanita berusia 20an yang bekerja sebagai tukang urut di salah sebuah premis di Kamunting itu disahkan positif dalam ujian calitan yang dilakukan oleh petugas kesihatan.

“Atas nasihat pihak kesihatan, kesemua anggota yang terlibat dalam operasi penangkapan, kawalan lokap dan mahkamah diarahkan menjalani kuarantin kendiri di rumah bermula semalam (Selasa).

"Orang Kena Tahan (OKT) pula dihantar ke Hospital Kuala Kangsar untuk tindakan selanjutnya dan akan dipantau oleh anggota kita,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping, di sini pada Rabu.

Menurutnya, ujian calitan turut dilakukan terhadap OKT yang berada bersama wanita terbabit di sel tahanan.

Pada masa sama, Osman berkata, tiga sekatan jalan raya (SJR) di Taiping akan ditambah sebagai persediaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula Jumaat ini.

Katanya, pihaknya turut mendapat bantuan dari beberapa agensi termasuk Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berikutan sebahagian anggotanya menjalani kuarantin kendiri.

Artikel Berkaitan: