X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 19 Oktober 2021

Sindiket tumpas, lebih 150kg dadah dirampas

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Yong Lei Choo (tengah) menunjukkan antara dadah yang dirampas dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada Rabu. - Foto Sinar Harian ASRIL ASWANDI SHUKOR
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Polis menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah dengan menahan enam lelaki tempatan serta merampas dadah bernilai lebih RM11 juta Jumaat lalu.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Yong Lei Choo berkata, pihaknya membuat enam serbuan di Lembah Klang selain di utara dan selatan Semenanjung bermula jam 3.10 petang.

Menurutnya, dalam serbuan itu, polis merampas dadah dan menyita pelbagai barangan termasuk kenderaan berjumlah RM11,941,829.

"Polis merampas 100.92 kilogram (kg) dadah jenis ketamin bernilai RM5,999,500 dan 59.995kg heroin base bernilai RM5,005,000.

"Selain itu, polis juga menyita enam kenderaan pelbagai jenis dengan nilai sitaan RM425,000, 21 jenis barang kemas dan dua utas jam tangan jenama mewah dengan nilai sitaan RM88,500 serta wang tunai berjumlah RM423,829," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini pada Rabu.

Lei Choo berkata, siasatan awal mendapati kesemua dadah ini boleh dibekalkan kepada seramai 636,375 orang penagih dadah.

"Hasil siasatan, pihak polis mendapati pergerakan pengedaran dadah yang dirancang oleh sindiket bermula dari selatan menuju ke utara Semenanjung untuk dihantar ke luar negara melalui jalan laut.

"Dalam serbuan yang dijalankan ini, sebuah rumah sewa yang digunakan sebagai stor transit penyimpanan dadah telah berjaya dibongkar oleh pihak polis," katanya.

Menurutnya, sindiket ini mula aktif menjalankan aktiviti penyeludupan dan pengedaran dadah sejak Oktober 2020.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan kesemua suspek berusia 29 hingga 58 tahun ini direman selama tujuh hari bermula sehingga 22 Januari 2021.

"Hasil saringan air kencing mendapati dua suspek positif dadah dan hasil semakan rekod lampau mendapati empat daripada suspek tersebut mempunyai rekod bersabit dadah dan jenayah," kata beliau.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!