Jawi maklum kepada semua SRA kesilapan buku latihan

Buku latihan dan soalan serta jawapan yang dikatakan mengelirukan serta telah diperbetulkan oleh Jawi.
Buku latihan dan soalan serta jawapan yang dikatakan mengelirukan serta telah diperbetulkan oleh Jawi.
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) telah memaklumkan kepada semua sekolah rendah agama (SRA) di negeri itu berhubung kesilapan dalam buku Latihan dan Aktiviti mata pelajaran Sirah Tahun 2.

Pengarahnya, Mohamad Ajib Ismail berkata, ralat telah dimaklum kepada semua sekolah berhubung kesilapan pada buku berkenaan.

“Ralat mengenai kesalahan pada buku berkenaan juga telah dibuat kepada Guru-Guru Besar SRA Jawi.

“Bahagian pelajaran Jawi juga telah memaklumkan kepada syarikat percetakan tentang ralat untuk diperbaiki dan dicetak semula bagi kegunaan tahun berikutnya.

“Syarikat percetakan itu juga dinasihatkan agar kesilapan tersebut tidak berulang lagi,” jawabnya ringkas kepada Sinar Harian, hari ini.

Soalan yang terkandung dalam buku tersebut ialah mengenai nabi yang telah membina Kaabah namun jawapan objektif yang diberikan ialah Nabi Muhammad, Nabi Isa dan Nabi Musa.

Soalan yang terdapat pada halaman ke 10 buku teks tersebut pula bertanya tentang ibu kepada Nabi Ibrahim yang merupakan anak kepada Rasulullah.

Jawapan objektif yang diberikan ialah Siti Fatimah, Siti Khadijah dan Mariatul Kibtiah.

Artikel Berkaitan: