X

Kindly register in order to view this article
!

Najib minta Tengku Zafrul telus

Datuk Seri Najib Razak
A
A

KUALA LUMPUR – [DIKEMASKINI] Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meminta Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz supaya jujur dalam menyatakan proklamasi darurat tidak akan menakut-nakutkan pelabur.

Beliau turut meminta Tengku Zafrul menyatakan negara lain selain Malaysia menggantung sidang Parlimen dengan tujuan mengukuhkan ekonomi mereka.

“Perlu jujur, bro.

“Rugilah negara-negara lain tak gantung Parlimen jika benar bahawa langkah ini boleh kuatkan ekonomi.

“Senang sahaja, Tengku Zafrul. Namakan satu negara lain dalam dunia yang gantung Parlimen (bukan tunda sesi parlimen) selama 7 bulan?” soal Najib di entri di Facebook beliau pada Rabu.

Tengku Zafrul pada Selasa berkata, proklamasi darurat mampu membantu pemulihan ekonomi negara.

Beliau berkata, Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (Permai) bernilai RM15 bilion dengan 22 inisiatif yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin Isnin lalu bermatlamat memerangi pandemik Covid-19, memelihara kebajikan rakyat dan menyokong kelangsungan perniagaan

Dalam pada itu, Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan secara sinis berkata, Malaysia satu-satunya negara yang menggunakan alasan menggantung sidang Dewan Rakyat atas alasan mengatasi penularan Covid-19.

“Tak tepat untuk samakan Malaysia dengan 80 negara lain dalam dunia yang isytihar darurat.

“Darurat bagi negara-negara lain bermaksud kuasa diberi kepada kerajaan untuk lakukan lockdown sebab mereka tidak ada akta-akta seperti kita yang boleh lockdown tanpa darurat. Parlimen mereka tak pernah gantung,” katanya.

Pada 12 Januari lepas, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memberi perkenan pengisytiharan proklamasi darurat dilaksanakan sehingga 1 Ogos sebagai langkah proaktif membendung pandemik Covid-19 di negara ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Proklamasi darurat bantu pemulihan ekonomi: Tengku Zafrul


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!