X

Kindly register in order to view this article
!

12 Pengawal Kebangsaan digantung tugas menjelang majlis angkat sumpah Biden

Seramai 25,000 anggota pasukan Pengawal Kebangsaan dikerah ke Washington bagi memastikan kelancaran majlis angkat sumpah Presiden Amerika Syarikat ke-46. - Foto Agensi
A
A

WASHINGTON - Seramai 12 Pengawal Kebangsaan telah dikeluarkan daripada senarai misi keselamatan majlis angkat sumpah Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-46.

Tindakan itu diambil selepas kesemua mereka didapati mempunyai kaitan dengan kumpulan militia berhaluan kanan.

Seorang pegawai tentera AS berkata, kesemua Pengawal Kebangsaan terbabit bagaimanapun tidak mendatangkan apa-apa ancaman menjelang majlis angkat sumpah tersebut.

Esok (20 haribulan, waktu tempatan) menyaksikan Joe Biden bakal mengangkat sumpah sebagai Presiden ke-46 AS.

Kamala Harris turut mengangkat sumpah sebagai Naib Presiden.

Biden dipilih sebagai Presiden baharu AS selepas menewaskan Presiden, Donald Trump pada pemilihan November tahun lalu.

Bagaimanapun, Trump menegaskan keputusan pilihan raya itu dicemari skandal penipuan undi.

Susulan itu, ribuan penyokong tegar Trump mengadakan protes dan kemuncaknya berlaku rusuhan ganas di bangunan Capitol yang menyaksikan lima terbunuh termasuk seorang anggota polis.

Minggu lalu, beberapa kumpulan militia antaranya the Baggoloo Bois berhimpun di pusat-pusat pentadbiran seluruh AS termasuk di Capitol, Washington sebagai memprotes keputusan pilihan raya terbabit.

Lebih mengejutkan, kumpulan militia terbabit yang kebanyakannya turut bebas membawa senjata api tanpa diambil sebarang tindakan atau dilabel sebagai pengganas.

Baru-baru ini, Biro Siasatan Persekutuan (FBI) memberi amaran protes bersenjata dirancang di Washington dan kesemua 50,000 negeri AS menjelang majlis angkat sumpah Biden-Harris.

ARTIKEL BERKAITAN: Ancaman siri protes bersenjata di AS

Serentak itu, Pengawal Kebangsaan mengerahkan anggotanya terutamanya ke Washington bagi membantu meningkatkan keselamatan, logistik dan komunikasi.

Ketika ini seramai 25,000 anggota Pengawal Kebangsaan telah dikerah ke Washington bagi memastikan kelancaran majlis angkat sumpah tersebut. - Agensi

ARTIKEL BERKAITAN: Evolusi majlis pelantikan Presiden AS

20,000 Pengawal Negara kawal Washington


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!