X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 18 Oktober 2021

Sesi persekolahan melalui PdPR bermula hari ini

Murid sekolah rendah, pelajar Tingkatan Satu hingga Empat di kawasan PKP akan mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) mulai hari ini. - Foto Bernama
A
A

SHAH ALAM - Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) telah bermula hari ini bagi sesi persekolahan pada tahun 2021 di seluruh negara untuk memastikan murid dapat mengikuti pembelajaran secara optimum.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) komited melaksanakan PdPR bagi membolehkan sesi pembelajaran diteruskan meskipun negara masih berdepan penularan Covid-19 yang belum reda.

PdPR ialah PdP yang dilaksanakan di rumah atau pusat komuniti atau di mana-mana lokasi yang bersesuaian dan kaedah ini boleh dilaksanakan dalam talian atau luar talian atau off-site dengan berstruktur dan terancang.

Menerusi pendekatan dalam talian, cara pembelajaran melalui capaian internet, peranti dan belajar secara ‘real time’. Bagi pelaksanaan luar talian pula murid belajar menggunakan peranti seperti komputer, komputer riba, tablet atau telefon pintar tanpa capaian internet.

Selain itu, untuk membantu murid yang tidak mempunyai akses internet atau peranti sesuai, guru mengambil inisiatif melaksanakan PdP melalui serahan bahan pembelajaran kepada murid mengikut kesesuaian.

Murid juga boleh menggunakan buku teks cetak sebagai bahan rujukan, penyediaan nota, membuat rumusan atau melukis sesuatu konsep manakala buku aktiviti pula boleh digunakan untuk membuat latihan ulang kaji.

Guru akan mentaksir murid secara berterusan mengikut kesesuaian dan melaksanakan intervensi mengikut tahap dan keupayaan murid.

Meskipun menerima pelbagai pandangan mengenai pelaksanaan PdPR, kita berharap kaedah pembelajaran ini akan berjaya dilaksanakan.

Kejayaan PdPR ini memerlukan sokongan semua pihak terutamannya KPM, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), sekolah, guru, ibu bapa dan penjaga serta komuniti.

Pelaksanaan komprehensif ini diharap dapat memperkasa pendidikan digital negara dan pada masa yang sama kerajaan perlu menumpukan kepada meningkatkan akses internet dan pemilikan peranti murid sekolah di seluruh negara.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!