Pengedar air ketum diberkas

Polis merampas 63 bungkusan disyaki air ketum di sebuah rumah di Bandar Baru Bangi pada Selasa.
Polis merampas 63 bungkusan disyaki air ketum di sebuah rumah di Bandar Baru Bangi pada Selasa.
A
A
A

KAJANG - Polis memberkas seorang lelaki yang disyaki pengedar air ketum di Bandar Baru Bangi di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, lelaki berusia 20an itu ditahan pada jam 12.10 pagi.

"Bertindak atas maklumat, sepasukan anggota dari Balai Polis Kajang telah ke sebuah rumah di Seksyen 7 Bandar Baru Bangi.

"Hasil pemeriksaan, kita telah menjumpai satu plastik daun ketum dan 63 bungkusan air daun ketum yang disyaki untuk dijual kepada pelanggan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.

Mohd Zaid berkata, lelaki itu dibawa ke Balai Polis Kajang untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

Artikel Berkaitan: