X

Kindly register in order to view this article
!

A
A

AWANG puji Tan Sri Perdana Menteri yang umum pakej bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (Permai) pada Isnin lepas.

Alhamdulillah, banyak bantuan untuk rakyat dan langkah pulihkan ekonomi sewaktu wabak Covid-19.

Kalau ‘atas kertas’, nampak bagus sangat Permai ini sebab libatkan peruntukan RM15 bilion serta 22 inisiatif. Tapi apa yang ada atas kertas tak sama macam pelaksanaan di bawah. Kalau ikut bacaan atas kertas, tak patut ada orang Melayu dan Islam yang miskin lagi.

Kita dah laksana Dasar Ekonomi Baru (DEB) untuk bantu Melayu. Ada pula macam-macam agensi macam badan zakat dan sebagainya.

Sebetulnya banyak kebocoran yang berlaku. Duit nak tolong rakyat tolong diri dan kroni. Oleh sebab itu, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub lancar ‘Sinar Rasuah Busters’ dan cuba nak pulihkan moral bangsa.

Awang harap peruntukan Permai dipantau dengan teliti. Jangan ada orang yang letak lukah di pergentingan. Jangan ada piranha dalam air. Tentukan keutamaan sebenar. Kalau ada niat nak buat dewan atau sebagainya tangguhkan dulu.

Rakyat menderita sebab banyak yang terjejas mata pencarian. Rakyat perlu makan bukan dewan.

Maklumlah oleh sebab dah isytihar darurat, Dewan Rakyat dan Dewan Negara tak bersidang. Takut nanti tak ada suara nak tegur kalau ada yang tak betul.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!